Thursday, 15 November 2018

Tingkatan Bacaan Al-Qur'an


Terdapat empat tingkatan atau martabat bacaan al-Qur'an iaitu bacaan dari segi cepat atau perlahan:

1. At-Tartil 
Bacaan yang perlahan-lahan, tenang dan melafazkan setiap huruf daripada makhrajnya yang tepat serta menurut hukum-hukum bacaan tejwid dengan sempurna, dan merenung makna, hukum dan pengajaran daripada ayat. Tingkatan bacaan ini biasanya bagi mereka yang sudah mengenal makhraj-makhraj huruf, sifat-sifat huruf dan hukum-hukum tajwid. Tingkatan bacaan ini adalah lebih baik dan lebih diutamakan, berdasarkan firman Allah S.W.T.:
 

Maknanya: Telah Kami (Allah) membacakannya (al-Qur’an) kepadamu (Muhammad)
Secara Tartil. Surah al-Furqan, ayat 32.

2. At-Tahqiq 
Bacaannya seperti tartil Cuma lebih lambat dan perlahan, seperti membetulkan bacaan huruf daripada makhrajnya, menepatkan kadar bacaan mad dan dengung. Tingkatan bacaan ini biasanya bagi mereka yang baru belajar membaca al-Qur’an supaya dapat melatih lidah menyebut huruf dan sifat huruf dengan tepat dan betul.

3. Al-Hadar 
Bacaan yang cepat serta memelihara hokum-hukum bacaan tajwid. Tingkatan bacaan ini biasanya bagi mereka yang telah menghafal al-Qur’an, supaya mereka dapat mengulangi bacaannya dalam masa yang singkat.

4. At-Tadwir 
Bacaan yang pertengahan antara tingkatan bacaan tartil dan hadar, serta memelihara hukum-hukum bacaan tajwid.