Sesungguhnya
ulamak pembaca al-Qur'an telah membahagikan kesalahan-kesalahan dalam bacaan
al-Qur'an kepada dua bahagian:
Kesalahan-kesalahan
yang berlaku pada sebutan huruf, sama ada membawa kepada perubahan makana atau
tidak, seperti: Menukarkan bacaan huruf ta'
kepada dal
, atau
ta'
, dengan
meninggalkan sifat isti'la' yang ada pada huruf ta'
.




Juga kesalahan yang berlaku pada tanda bacaan, sama ada membawa kepada perubahan makna atau tidak, seperti






Kesalahan-kesalahan
ini dihukumkan haram dan berdosa, pembaca-pembaca al-Qur’an patut
meninggalkannya. Jika kesalahan-kesalahan ini berlaku di dalam bacaan
sembahyang, maka hukumnya sembahyang itu tidak sah.
Ia
dinamakan kesalahan yang nyata kerana kesalahannya dapat dikesan oleh ahli-ahli
pembaca al-Qur’an dan kaum muslimin amnya.
Kesalahan-kesalahan
yang tidak membawa kepada perubahan makna, seperti: Meninggalkan dengung, tidak
dapat menentukan kadar harakat mad dengan tepat atau tidak dapat membaca sifat
huruf itu dengan sempurna.
Kesalahan-kesalahan
ini tidak sampai merosakkan sembahyang namun demikian pembaca-pembaca al-Qur’an
patutlah meninggalkannya. Kesalahan ini dihukumkan makruh da naib di sisi ahli-ahli
pembaca al-Qur’an, kerana bacaan sedemikian melenyapkan kesinaran bacaan al-Qur’an.
Ia
dinamakan kesalahan yang tersembunyi kerana kesalahannya hanya dapat dikesan
oleh ahli-ahli pembaca al-Qur’an, tidak pada kaum muslimin amnya.