Sunday 11 November 2018

Panduan Majlis Khatam Al-Qur'an

Sumber: JAKIM

Majlis khatam al-Qur'an ialah satu majlis yang mulia dalam Islam. Majlis ini dilakukan oleh umat Islam setelah mereka tamat membaca al-Qur'an.

Umat Islam biasanya mengadakan majlis khatam al-Qur'an di akhir bulan Ramadhan. Ini kerana setiap kali menjelangnya bulan ramadhan umat Islam akan mula membaca al-Qur'an secara beramai-ramai atau secara individu.

Kelebihan khatam al-Qur'an ini telah ditekankan oleh Rasulullah s.a.w. di dalam hadisnya yang bermaksud:
"Sebaik-baik amalan adalah selesai dan meneruskan. Rasulullah s.a.w. ditanya, Apakah keduanya itu? Baginda menjawab; Mula membaca al-Qur'an dan meneruskannya (mengkhatamkannya)".

Doa yang paling mustajab ialah ketika berkhatam al-Qur'an (Hadis riwayat al-Hakim bin 'Atibah).

Majlis khatam al-Qur'an biasanya diadakan pada 27 Ramadhan. Ini kerana malam tersebut yang mendapat keberkatan Allah.


Khaifiat (Cara) Khatam Al-Qur'an

Dalam masyarakat Islam di Malaysia, biasanya majlis Khatam Al-Qur'an ini diketuai oleh seorang Tuan Guru atau Imam. Tuan Guru atau Imam inilah yang memulakan bacaan-bacaan yang perlu dalam majlis ini. Berikut adalah susunan surah-surah yang dibaca semasa majlis Khatam Al-Qur'an.

1. Baca beramai-ramai


2. Baca beramai-ramai

3. Baca beramai-ramai

4. Baca beramai-ramai

5. Baca ramai-ramai

6. Baca ramai-ramai


7. Baca ramai-ramai

8. Baca ramai-ramai

9. Baca ramai-ramai

10. Baca ramai-ramai

11. Baca ramai-ramai



12. Baca ramai-ramai

13. Baca ramai-ramai

14. Baca ramai-ramai

15. Baca ramai-ramai

16. Baca ramai-ramai

17. Baca ramai-ramai

18. Baca ramai-ramai

19. Baca ramai-ramai

20. Baca ramai-ramai

21. Baca ramai-ramai

22. Baca ramai-ramai

23. Baca ramai-ramai

24. Baca ramai-ramai

25. Baca ramai-ramai

26. Baca ramai-ramai

27. Baca ramai-ramai

28. Baca ramai-ramai

29. Baca ramai-ramai

30. Baca ramai-ramai

31. Baca ramai-ramai

32. Baca ramai-ramai

33. Baca beramai-ramai

34. Baca beramai-ramai

35. Baca beramai-ramai

36. Baca beramai-ramai

37. Baca beramai-ramai

38. Baca beramai-ramai

39. Baca beramai-ramai

40. Baca beramai-ramai

41. Baca beramai-ramai

42. Baca beramai-ramai

43. Baca beramai-ramai

44. Baca beramai-ramai

45. Baca beramai-ramai

46. Baca beramai-ramai

47. Baca beramai-ramai



Doa Khatam Al-Qur'an


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Pujian orang-orang yang bersyukur dan kesudahan yang baik bagi orang-orang bertakwa. Selawat dan salam ke atas Rasul kita Muhammad dan juga ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.


Ya Allah, Tuhan kami, terimalah doa dan amalan kami, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Penerima Taubat lagi mengasihani. Tunjuki dan bimbingilah kami kepada kebenaran dan jalan yang lurus dengan berkat al-Qur'an. Ya Allah, kasihanilah kami dengan berkat al-Qur'an, dan jadikanlah sebagai pimpinan, cahaya, petunjuk dan rahmat kepada kami. Ya Allah, ingatkanlah kepada kami apa yang telah kami lupa dari al-Qur'an, dan ajarlah kami apa yang kami tidak tahu tentang isi al-Qur'an, dan kurniakanlah kami keupayaan untuk membacanya pada waktu malam dan siang, dan jadikanlah al-Qur'an itu sebagai hujah untuk kami. Wahai Tuhan Pemelihara sekalian alam.


Ya Allah, hiaskanlah diri kami dengan keindahan al-Qur'an, muliakanlah kami dengan kemuliaan al-Qur'an, serikanlah kami dengan ketinggian martabat al-Qur'an, dan pakaikan kami dengan pakaian permata al-Qur'an. Masukkan kami ke dalam syurga dengan syafaat al-Qur'an. Selamatkan kami dari segala bencana dunia dan azab hari akhirat dengan berkat kehormatan al-Qur'an.


Ya Allah, jadikanlah al-Qur'an semasa hidup kami di dunia sebagai rakan dan di dalam kubur sebagai cahaya penyuluh, semasa menuju ke syurga sebagai teman, dan sebagai penghadang dan pendinding dari api neraka, dan jadikanlah al-Qur'an untuk kami sebagai panduan dan ikutan kepada segala kebaikan, dengan limpah kurnia, kemurahan dan kemuliaanMu jua ya Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah.


Ya Allah, tunjukilah kami dengan petunjuk al-Qur'an. Selamatkanlah kami daripada api neraka dengan sebab kemuliaan al-Qur'an. Tinggikanlah darjat dan martabat kami dengan sebab kelebihan al-Qur'an, dan hapuskanlah dosa kejahatan kami dengan sebab membaca al-Qur'an. Ya Allah, Tuhan yang Mempunyai segala macam kelebihan dan ihsan. Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab api neraka.


Allah mencucuri rahmat dan salam sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Maha Suci tuhanmu, Tuhan yang mempunyai Keagungan dan Kekuasaan dan apa yang mereka katakan dan salam sejahtera kepada sekalian rasul. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbir seluruh alam.