Terdapat empat tingkatan
atau martabat bacaan al-Qur'an iaitu bacaan dari segi cepat atau perlahan:
1. At-Tartil
Bacaan yang perlahan-lahan,
tenang dan melafazkan setiap huruf daripada makhrajnya yang tepat serta menurut
hukum-hukum bacaan tejwid dengan sempurna, dan merenung makna, hukum dan
pengajaran daripada ayat. Tingkatan bacaan ini biasanya bagi mereka yang sudah
mengenal makhraj-makhraj huruf, sifat-sifat huruf dan hukum-hukum tajwid.
Tingkatan bacaan ini adalah lebih baik dan lebih diutamakan, berdasarkan firman
Allah S.W.T.:
Maknanya: Telah Kami (Allah)
membacakannya (al-Qur’an) kepadamu (Muhammad)
Secara Tartil. Surah al-Furqan,
ayat 32.
2. At-Tahqiq
Bacaannya seperti tartil Cuma
lebih lambat dan perlahan, seperti membetulkan bacaan huruf daripada
makhrajnya, menepatkan kadar bacaan mad dan dengung. Tingkatan bacaan ini
biasanya bagi mereka yang baru belajar membaca al-Qur’an supaya dapat melatih
lidah menyebut huruf dan sifat huruf dengan tepat dan betul.
3. Al-Hadar
Bacaan yang cepat serta
memelihara hokum-hukum bacaan tajwid. Tingkatan bacaan ini biasanya bagi mereka
yang telah menghafal al-Qur’an, supaya mereka dapat mengulangi bacaannya dalam
masa yang singkat.
4. At-Tadwir
Bacaan yang pertengahan
antara tingkatan bacaan tartil dan hadar, serta memelihara hukum-hukum bacaan
tajwid.