Thursday 15 November 2018

Tingkatan Bacaan Al-Qur'an


Terdapat empat tingkatan atau martabat bacaan al-Qur'an iaitu bacaan dari segi cepat atau perlahan:

1. At-Tartil 
Bacaan yang perlahan-lahan, tenang dan melafazkan setiap huruf daripada makhrajnya yang tepat serta menurut hukum-hukum bacaan tejwid dengan sempurna, dan merenung makna, hukum dan pengajaran daripada ayat. Tingkatan bacaan ini biasanya bagi mereka yang sudah mengenal makhraj-makhraj huruf, sifat-sifat huruf dan hukum-hukum tajwid. Tingkatan bacaan ini adalah lebih baik dan lebih diutamakan, berdasarkan firman Allah S.W.T.:
 

Maknanya: Telah Kami (Allah) membacakannya (al-Qur’an) kepadamu (Muhammad)
Secara Tartil. Surah al-Furqan, ayat 32.

2. At-Tahqiq 
Bacaannya seperti tartil Cuma lebih lambat dan perlahan, seperti membetulkan bacaan huruf daripada makhrajnya, menepatkan kadar bacaan mad dan dengung. Tingkatan bacaan ini biasanya bagi mereka yang baru belajar membaca al-Qur’an supaya dapat melatih lidah menyebut huruf dan sifat huruf dengan tepat dan betul.

3. Al-Hadar 
Bacaan yang cepat serta memelihara hokum-hukum bacaan tajwid. Tingkatan bacaan ini biasanya bagi mereka yang telah menghafal al-Qur’an, supaya mereka dapat mengulangi bacaannya dalam masa yang singkat.

4. At-Tadwir 
Bacaan yang pertengahan antara tingkatan bacaan tartil dan hadar, serta memelihara hukum-hukum bacaan tajwid.

Kesalahan-kesalahan Dalam Bacaan Al-Qur'an


Sesungguhnya ulamak pembaca al-Qur'an telah membahagikan kesalahan-kesalahan dalam bacaan al-Qur'an kepada dua bahagian:

1. Kesalahan yang nyata 

Kesalahan-kesalahan yang berlaku pada sebutan huruf, sama ada membawa kepada perubahan makana atau tidak, seperti: Menukarkan bacaan huruf ta' kepada dal, atau ta', dengan meninggalkan sifat isti'la' yang ada pada huruf ta'.

Juga kesalahan yang berlaku pada tanda bacaan, sama ada membawa kepada perubahan makna atau tidak, sepertidibaca, asalnya huruf dalberbaris hadapan dibaca menjadi baris di atas, ataudibaca, asalnya huruf ta’berbaris atas dibaca menjadi baris hadapan.

Kesalahan-kesalahan ini dihukumkan haram dan berdosa, pembaca-pembaca al-Qur’an patut meninggalkannya. Jika kesalahan-kesalahan ini berlaku di dalam bacaan sembahyang, maka hukumnya sembahyang itu tidak sah.

Ia dinamakan kesalahan yang nyata kerana kesalahannya dapat dikesan oleh ahli-ahli pembaca al-Qur’an dan kaum muslimin amnya.


2. Kesalahan yang tersembunyi 

Kesalahan-kesalahan yang tidak membawa kepada perubahan makna, seperti: Meninggalkan dengung, tidak dapat menentukan kadar harakat mad dengan tepat atau tidak dapat membaca sifat huruf itu dengan sempurna.

Kesalahan-kesalahan ini tidak sampai merosakkan sembahyang namun demikian pembaca-pembaca al-Qur’an patutlah meninggalkannya. Kesalahan ini dihukumkan makruh da naib di sisi ahli-ahli pembaca al-Qur’an, kerana bacaan sedemikian melenyapkan kesinaran bacaan al-Qur’an.

Ia dinamakan kesalahan yang tersembunyi kerana kesalahannya hanya dapat dikesan oleh ahli-ahli pembaca al-Qur’an, tidak pada kaum muslimin amnya.

Tuesday 13 November 2018

Pengenalan Ilmu Tajwid

Sebelum mempelajari Ilmu Tajwid sebaiknya mengetahui lebih dahulu bahawa setiap ilmu ada sepuluh asas yang menjadi dasar pemikiran kita. Berikutnya dikemukakan sepuluh asas Ilmu Tajwid:
1. Pengertian Tajwid menurut bahasa: Memperelokkan sesuatu. 
Menurut istilah Ilmu Tajwid: Melafazkan setiap huruf dari makhrajnya yang betul serta memenuhi hak-hak setiap huruf yakni sifat aslinya, dan mustahak-nya yakni sifat mendatangnya.
Maksud sifat asli ialah sifat-sifat yang lazim ada pada huruf dan tidak dapat dipisahkan, seperti sifat Ghunnah (dengung yang lazim ada pada huruf nun dan mim), Jahr, Syiddah. Isti'la' dan sebagainya.
Maksud sifat mendatang ialah sifat-sifat yang timbul dari sifat asli seperti sifat Tafkhim timbulnya dari sifat Isti'la', dan Tarqiq timbulnya dari sifat Istifal dan sebagainya.
2. Hukumnya: Mempelajari Ilmu Tajwid adalah Fardhu Kifayah dan mengamalkannya yakni membaca Al-Qir'an dengan bertajwid adalah Fardhu 'Ain bagi setiap muslimin dan muslimat yang mukallaf.
3. Tumpuan perbincangannya: Pada kalimah-kalimah Al-Qur'an.
4. Kelebihannya: Ia adalah semulia-mulia ilmu kerana ia langsung berkaitan dengan kitab Allah Al-Qur'an Al-Karim, berdasarkan sepotong Hadis Rasulullah s.a.w.:
Maknanya: Daripada 'Uthman bin 'Affan r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari Al-Qur'an dan mengajarkannya. (Riwayat Imam Al-Bukhari). 
5. Penyusunnya: Imam-imam qira'at.
6. Faedahnya: Mencapai kejayaan dan kebahagiaan serta mendapat rahmat dan keredhaan Allah S.W.T. di dunia dan di akhirat. Insya Allah. 
 7. Dalilnya: Dari Kitab Al-Qur'an dan Hadis Rasulullah s.a.w.
 
Maksudnya: Bacalah Al-Qur'an itu dengan secara Tartil.
Tartil iaitu bacaan lambat dan tenang serta melafazkan setiap huruf dari makhrajnya yang betul dan memenuhi hak sifat asli dan sifat mendatang pada huruf yang berkenaan dan memelihara segala hukum Tajwid serta merenung maknanya.
Makna Tartil menurut Saiyidina 'Ali bin Abi Talib ialah mentajwidkan huruf dan mengetahui tempat berhenti.
Daripada Zaid bin Thabit (r.a.) berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya Allah S.W.T. menyukai hambaNya membaca Al-Qur'an secara tepat sebagaimana ia diturunkan. Riwayat Ibnu Khuzaimah.
8. Namanya: Ilmu Tajwid.
9. Masalah yang diperbincangkannya: Mengenai kaedah-kaedah dan cara-cara bacaannya secara keseluruhan yang memberi pengertian hukum-hukum cabangan.
10. Matlamatnya: Memelihara lidah daripada kesalahan membaca ayat-ayat suci Al-Qur'an pada ketika membacanya. Membaca sejajar dengan penurunannya yang sebenar dari Allah S.W.T.

Sunday 11 November 2018

Kelebihan Membaca Al-Qur'an

Di antara kelebihannya ialah:
1. Ibadah yang paling utama dari segi bacaan. 
2. Pahala membaca 1 huruf dari al-Qur'an: Menurut Ibnu Majah digandakan sampai 400 dan Ibnu al-Jauzi pula berpendapat diganda 700 kali. 
3. Balasan 1 huruf yang dibaca ialah bidadari di syurga, juga dikatakan balasan sebatang pokok di syurga. 
4. Mengikut Ibnu Abbas r.a. Pembaca al-Qur'an adalah hartawan dan pahala membaca tidak akan putus. 
5. Selamat daripada api neraka, mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama malaikat. 
6. Di hari kiamat, al-Qur'an menjadi pembela. 
7. Pembaca akan memperolehi keamanan di dunia dan kemuliaan di syurga. 
8. Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan malaikat. 
9. Pembaca akan dimasukkan ke dalam golongan sidiqqin, syuhada dan solihin. 
10. Membaca al-Qur'an secara kumpulan akan diampun dosa mereka.
11. Mendapat cahaya di bumi dan menjadi sebutan oleh malaikat di langit. 
12. Jika dibaca di dalam rumah, akan memberi cahaya kepada rumah itu.
13. Membaca secara tadarus (bergilir-gilir) mendapat ketenangan, rahmat dan dikelilingi oleh malaikat. 
14. Pembaca yang mahir dan baik diutamakan menjadi imam sembahyang. 
15. Seutama-utama manusia ialah yang mempelajari, mengajar dan menghayati ajaran al-Qur'an.
16. Mempelajari 1 ayat al-Qur'an lebih baik daripada sembahyang sunat 1000 rakaat. 
17. Mempelajari dan membaca mendapat keberkatan dan keharmonian hidup.
18. Mendapat perlindungan di Padang Mahsyar nanti. 
19. Pembaca akan dilindungi dari godaan syaitan.

Panduan Majlis Khatam Al-Qur'an

Sumber: JAKIM

Majlis khatam al-Qur'an ialah satu majlis yang mulia dalam Islam. Majlis ini dilakukan oleh umat Islam setelah mereka tamat membaca al-Qur'an.

Umat Islam biasanya mengadakan majlis khatam al-Qur'an di akhir bulan Ramadhan. Ini kerana setiap kali menjelangnya bulan ramadhan umat Islam akan mula membaca al-Qur'an secara beramai-ramai atau secara individu.

Kelebihan khatam al-Qur'an ini telah ditekankan oleh Rasulullah s.a.w. di dalam hadisnya yang bermaksud:
"Sebaik-baik amalan adalah selesai dan meneruskan. Rasulullah s.a.w. ditanya, Apakah keduanya itu? Baginda menjawab; Mula membaca al-Qur'an dan meneruskannya (mengkhatamkannya)".

Doa yang paling mustajab ialah ketika berkhatam al-Qur'an (Hadis riwayat al-Hakim bin 'Atibah).

Majlis khatam al-Qur'an biasanya diadakan pada 27 Ramadhan. Ini kerana malam tersebut yang mendapat keberkatan Allah.


Khaifiat (Cara) Khatam Al-Qur'an

Dalam masyarakat Islam di Malaysia, biasanya majlis Khatam Al-Qur'an ini diketuai oleh seorang Tuan Guru atau Imam. Tuan Guru atau Imam inilah yang memulakan bacaan-bacaan yang perlu dalam majlis ini. Berikut adalah susunan surah-surah yang dibaca semasa majlis Khatam Al-Qur'an.

1. Baca beramai-ramai


2. Baca beramai-ramai

3. Baca beramai-ramai

4. Baca beramai-ramai

5. Baca ramai-ramai

6. Baca ramai-ramai


7. Baca ramai-ramai

8. Baca ramai-ramai

9. Baca ramai-ramai

10. Baca ramai-ramai

11. Baca ramai-ramai



12. Baca ramai-ramai

13. Baca ramai-ramai

14. Baca ramai-ramai

15. Baca ramai-ramai

16. Baca ramai-ramai

17. Baca ramai-ramai

18. Baca ramai-ramai

19. Baca ramai-ramai

20. Baca ramai-ramai

21. Baca ramai-ramai

22. Baca ramai-ramai

23. Baca ramai-ramai

24. Baca ramai-ramai

25. Baca ramai-ramai

26. Baca ramai-ramai

27. Baca ramai-ramai

28. Baca ramai-ramai

29. Baca ramai-ramai

30. Baca ramai-ramai

31. Baca ramai-ramai

32. Baca ramai-ramai

33. Baca beramai-ramai

34. Baca beramai-ramai

35. Baca beramai-ramai

36. Baca beramai-ramai

37. Baca beramai-ramai

38. Baca beramai-ramai

39. Baca beramai-ramai

40. Baca beramai-ramai

41. Baca beramai-ramai

42. Baca beramai-ramai

43. Baca beramai-ramai

44. Baca beramai-ramai

45. Baca beramai-ramai

46. Baca beramai-ramai

47. Baca beramai-ramai



Doa Khatam Al-Qur'an


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Pujian orang-orang yang bersyukur dan kesudahan yang baik bagi orang-orang bertakwa. Selawat dan salam ke atas Rasul kita Muhammad dan juga ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.


Ya Allah, Tuhan kami, terimalah doa dan amalan kami, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Penerima Taubat lagi mengasihani. Tunjuki dan bimbingilah kami kepada kebenaran dan jalan yang lurus dengan berkat al-Qur'an. Ya Allah, kasihanilah kami dengan berkat al-Qur'an, dan jadikanlah sebagai pimpinan, cahaya, petunjuk dan rahmat kepada kami. Ya Allah, ingatkanlah kepada kami apa yang telah kami lupa dari al-Qur'an, dan ajarlah kami apa yang kami tidak tahu tentang isi al-Qur'an, dan kurniakanlah kami keupayaan untuk membacanya pada waktu malam dan siang, dan jadikanlah al-Qur'an itu sebagai hujah untuk kami. Wahai Tuhan Pemelihara sekalian alam.


Ya Allah, hiaskanlah diri kami dengan keindahan al-Qur'an, muliakanlah kami dengan kemuliaan al-Qur'an, serikanlah kami dengan ketinggian martabat al-Qur'an, dan pakaikan kami dengan pakaian permata al-Qur'an. Masukkan kami ke dalam syurga dengan syafaat al-Qur'an. Selamatkan kami dari segala bencana dunia dan azab hari akhirat dengan berkat kehormatan al-Qur'an.


Ya Allah, jadikanlah al-Qur'an semasa hidup kami di dunia sebagai rakan dan di dalam kubur sebagai cahaya penyuluh, semasa menuju ke syurga sebagai teman, dan sebagai penghadang dan pendinding dari api neraka, dan jadikanlah al-Qur'an untuk kami sebagai panduan dan ikutan kepada segala kebaikan, dengan limpah kurnia, kemurahan dan kemuliaanMu jua ya Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah.


Ya Allah, tunjukilah kami dengan petunjuk al-Qur'an. Selamatkanlah kami daripada api neraka dengan sebab kemuliaan al-Qur'an. Tinggikanlah darjat dan martabat kami dengan sebab kelebihan al-Qur'an, dan hapuskanlah dosa kejahatan kami dengan sebab membaca al-Qur'an. Ya Allah, Tuhan yang Mempunyai segala macam kelebihan dan ihsan. Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab api neraka.


Allah mencucuri rahmat dan salam sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Maha Suci tuhanmu, Tuhan yang mempunyai Keagungan dan Kekuasaan dan apa yang mereka katakan dan salam sejahtera kepada sekalian rasul. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbir seluruh alam.